Halaman

Selasa, 19 November 2013

TEMA : KESELAMATAN JALAN RAYA BERMULA DENGAN DIRI SENDIRI

TEMA : KESELAMATAN JALAN RAYA BERMULA DENGAN DIRI SENDIRI TAJUK: Sentiasa Berhemat, Semua Selamat Setiap hari beratus-ratus orang terlibat dalam kemalangan jalan raya. Berita di televisyen, berita di akhbar-akhbar dan media massa lain sering memaparkan tragedi yang menyayat hati. Kisah kaum keluarga yang menangisi pemergian orang yang tersayang sangat memilukan hati. Mungkin ini takdir tapi sebagai manusia dan pengguna jalan raya, kita seharusnya mampu untuk mengubah keadaan ini dengan mematuhi undang-undang dan peraturan keselamatan semasa di jalan raya. Sebagai pejalan kaki, kita wajarlah mengamalkan lima langkah melintas jalan raya dengan selamat. Pertama, berhenti dan undur selangkah ke belakang. Kedua, lihat ke kanan dan ke kiri. Ketiga, dengar arah bunyi kenderaan. Keempat, fikir sama ada selamat atau tidak. Kelima, melintas dengan berhati-hati. Semasa melintas juga, kita hendaklah menghadap arah trafik. Jika pada masa itu, ada warden lalu lintas, maka kita hendaklah mematuhi arahannya. Perbuatan ini boleh meningkatkan keselamatan kita semasa di jalan raya. Sikap sesetengah pihak yang melintas jalan raya tanpa menggunakan jejantas merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang. Lintasan belang yang disediakan untuk pejalan kaki perlu dipatuhi iaitu dengan melintas hanya apabila lampu isyarat orang hijau bernyala. Selain itu, pengguna jalan raya tidak digalakkan melintas di antara dua buah kenderaan yang diparkir. Sebagai penunggang basikal pula, keselamatan terjamin jika kita sentiasa memakai topi keledar basikal yang berfungsi melindungi bahagian kepala daripada tercedera. Seterusnya kita hendaklah sentiasa memakai pakaian berwarna cerah atau terang untuk meningkatkan kebolehlihatan pada bila-bila masa. Selain itu, semasa menunggang basikal, kita mestilah sentiasa menunggang di bahagian kiri jalan sealiran dengan trafik supaya selamat. Isyarat tangan juga perlu apabila hendak membelok dan berhenti. Semasa menunggang basikal di jalan raya, kita perlu mematuhi semua papan tanda yang disediakan oleh pihak yang berwajib. Semasa menumpang kenderaan, kita haruslah memakai tali pinggang keledar sama ada duduk di bahagian hadapan, mahu pun duduk di bahagian belakang. Jika kita menumpang kenderaan awam pula,seperti bas, apabila turun, pastikan bas itu beredar dengan sepenuhnya sebelum melintas jalan. Amalan berhemat ini menjamin keselamatan kita. Pengguna jalan raya perlu mengamalkan slogan, “Sentiasa Berhemat, Semua Selamat” dengan cara mendisiplikann diri dan mengamalkan nilai-nilai murni ketika berada di jalan raya seperti menghormati orang lain, sabar serta patuh akan undang-undang. Jika amalan seumpama ini dapat dipraktikkan dalam masyarakat kita, maka akan membentuk insan harmoni yang sentiasa rasional dan mementingkan keselamatan dan seterusnya melahirkan masyarakat yang cemerlang. BIBLIOGRAFI Mohd. Nasar Bin Sukor, Mohamad Bin Musip, Syamsul Yusli Bin Mohamad Yusop, Napisah Binti Muhammad. ( 2008). Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 6 KBSR Sekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Rohaiza Romli, Haslisira Hassan. ( 2013). A PLUS Bahasa Malaysia Tahun 6 KBSR/UPSR (Buku A) . Selangor Darul Ehsan : Info Didik Sdn. Bhd. Rohaiza Romli, Haslisira Hassan. ( 2013). A PLUS Bahasa Malaysia Tahun 6 KBSR/UPSR (Buku B) . Selangor Darul Ehsan : Info Didik Sdn. Bhd. Sahira Zainuddin, Nik Maziah Nik Mohamed. ( 2012 ). Modul Bitara Bahasa Malaysia Tahun 6 KBSR. Selangor Darul Ehsan : Sasbadi Sdn.Bhd. ..........Kementerian Pengangkutan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). Cermat Tiba Selamat Buku Aktiviti Tahun 6 Pendidikan Keselamatan Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia. Putrajaya : Jabatan Keselamatan Jalan Raya.

CONTOH LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK)

CONTOH LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK) 1. Rantai Nama Aktiviti : i. Pelajar akan dibahagikan kepada kumpulan kecil (5 – 10 orang setiap kumpulan) ii. Mereka akan memperkenalkan diri masing-masing dimulakan dengan fasilitator masing-masing. iii. Setiap ahli kumpulan akan menyebut nama diri sendiri, dan giliran disebelah kiri pula akan memperkenalkan diri sambil mengulang nama rakan yang disebelah kanan tadi. iv. Contohnya, nama saya Rashid bin Salem dan rakan sebelah kanan saya Maimunah binti Rashdan. v. Begitulah seterusnya sehinggalah orang yang terakhir dalam kumpulan perlu memperkenalkan semua ahli dalam kumpulan. Nilai / rasional aktiviti : Membina hubungan dan suasana teraputik dalam kumpulan. 2. Tag Nama Aktiviti : 1. Setiap kumpulan akan dibekalkan sekeping kad manila, pen marker, tali rafia dan gunting. 2. Setiap kumpulan akan membuat tag nama masing-masing dengan kreatif menggunakan bahan yang dibekalkan. 3. Tag nama tersebut akan digunakan sepanjang program. Tag nama ini akan di nilai melalui kumpulan diakhir program. 3. Simbol / Logo Diri Aktiviti : i. Pelajar akan diarahkan untuk mencari satu benda setiap seorang yang terdapat disekeliling mereka contohnya daun, pen, rumput dan lain-lain. ii. Mereka perlu menerangkan dalam kumpulan kenapa mereka memilih benda tersebut sebagai simbol atau logo diri mereka. iii. Setelah itu, kumpulan akan memilih benda yang terbaik yang akan mewakili kumpulan masing-masing. iv. Aktiviti yang seterusnya, setiap ketua kumpulan akan memilih benda yang terbaik untuk dijadikan logo bagi mewakili kumpulan besar. Nilai / rasional aktiviti : Membina konsep dan matlamat kendiri peserta 4. Bendera / Logo Kumpulan Aktiviti : i. Setiap kumpulan akan diagihkan 1 meter kain putih / kertas mahjong putih serta marker pen berwarna. ii. Pelajar akan diberi masa untuk menghasilkan bendera kumpulan mengikut kreativiti kumpulan masing-masing dan bendera / logo tersebut perlu mempunyai makna. iii. Setiap kumpulan akan melakukan pembentangan (5 minit) Nilai / rasional aktiviti : Kreativiti & membina percambahan minda. Menetapkan matlamat kumpulan. 5. Si Buta Cerdik Aktiviti : i. Pelajar akan dibekalkan dengan kain penutup mata bewarna hitam ii. Setiap pelajar akan ditutup mata dan dikumpulkan mengikut jantina. iii. Pelajar dibawa berjalan / bergerak di dalam dewan dan di luar dewan sambil tangan berpegangan antara 1 sama lain. iv. Untuk lebih seronok, lantik pelajar untuk menganggu pergerakan mereka. Nilai / rasional aktiviti : Penghargaan kendiri dan membina keyakinan diri. 6. Permainan Duit Aktiviti : i. Pelajar diedarkan duit kertas / syiling yang berlainan nilai setiap seorang. ii. Nilai bermula dari 1 sen sehinggalah duit RM1 akan digunakan iii. Fasilitator akan mengarahkan setiap pelajar berkumpul dalam kumpulan mengikut nilai terkumpul yang perlu disediakan iv. Contohnya, fasilitator akan memberi arahan supaya dapat mengumpul duit untuk membeli beras yang bernilai RM2. Sila kumpul rakan-rakan supaya dapat menghasilkan wang terkumpul sebanyak RM2. v. Pelajar yang berjaya mengumpul ahli kumpulan akan diarahkan duduk supaya dapat mengenalpasti ahli yang tidak termasuk dalam kumpulan. Nilai / rasional aktiviti : Mewujudkan penghargaan kendiri dan semangat bekerja dalam kumpulan. Setiap ahli kumpulan saling memerlukan. 7. Straw Aktiviti : i. Straw minuman akan diedarkan setiap kumpulan (1 atau 2 paket straw) ii. Pelajar diarahkan untuk menghasilkan apa-apa sahaja bentuk bangunan dengan menggunakan bahan buatan dari straw ini sahaja. iii. Pelbagai bentuk bangunan akan dihasilkan dan fasilitator akan menguji kekuatan / keteguhan binaan setiap kumpulan. Nilai / rasional aktiviti : Kreativiti dan membina hubungan di kalangan pelajar. 8. Ciptaan Aktiviti : i. Surat khabar lama dan masking tape akan diedarkan di setiap kumpulan. ii. Pelajar akan diarahkan mencipta baju pahlawan yang menggambarkan masa depan seorang hero. iii. Untuk itu, setiap kumpulan akan memilih seorang hero yang akan dipakaikan dengan pakaian tersebut Nilai / rasional aktiviti : Pemimpin perlu mempunyai wawasan dan berpandangan ke hadapan 9. Surat menjadi watak atau superhero ? Aktiviti : i. Kertas A4 akan diedarkan kepada pelajar ii. Kertas A4 akan dilipat empat (4) dan dipotong kepada 4 bahagian. Bahagian 1 : Ditulis nama penuh Bahagian 2 / 3 / 4 : Disimpan untuk menulis surat iii. Bahagian 1 dilipat kecil-kecil dan dekumpulkan dalam satu bekas / kotak sebelum diagihkan semula kepada setiap ahli kumpulan. iv. Nama yang diperolehi adalah perserta yang melakonkan watak masing-masing. v. Sebelum bermula setiap sesi, tulis surat untuk menjadi watak apa dan dikembalikan semula ke dalam kotak untuk dibaca . Nilai / rasional aktiviti : Mengenali diri melalui kaca mata orang lain. Sanggup menerima kritikan bagi merubah diri kearah yang lebih baik. 10. Rumusan Akhir Pemimpin Aktiviti : 1. Diakhir aktiviti LDK, fasilitator akan merumuskan aktiviti tentang tujuan Program RIMUP.

Khamis, 5 Julai 2012

Bagaimana menjadi orang Yang bersyukur. Artikel ini ditulis pada jam 6.30 petang. Saya terdetik untuk menulis artikel ini di pagi ini selepas melihat bapa saudara saya keluar daripada rumah untuk pergi bekerja. Mungkin beliau tidak membaca artikel ini kerana beliau amat jarang memasuki internet, bahkan tidak tahu pun saya mempunyai blog ini. Selepas saya melakukan sedikit senaman di pagi ini, saya berehat sekejap. Dan kemudian mengambil sampah untuk dibuang ke tong sampah di hadapan rumah. Rumah saya bersebelahan dengan rumah bapa saudara saya. Beliau seorang yang amat baik hati, malah teramat ringan tangan membantu saya walaupun saya tidak meminta. Semoga Allah membalas budi beliau dengan memurahkan rezekinya. Malah satu ketika tempoh hari, saya mengalami sedikit “masalah”. Pada masa itu, beliau banyak membantu, memberikan kata-kata semangat dan nasihat. Sebaik sahaja saya selesai membuang sampah tersebut, kelihatan bapa saudara saya baru keluar daripada rumah dengan mata yang masih mengantuk dan melihat badannya sedikit lemah. Semenjak dua menjak ini, beliau sering demam dan tidak sihat. Saya sedikit sedih dan menumpang rasa ‘sakit’ beliau apabila melihat riak wajahnya yang kurang sihat itu. Kelihatan juga isterinya (ibu saudara saya) menemani beliau ke muka pintu. Mereka sudah berkahwin 10 tahun lamanya, namun tetap bahagia dan mesra. Lantas selepas bertegur sapa, saya terus kembali ke rumah.. Sebaik masuk ke dalam rumah, saya terus berkata di dalam hati, “Ya Allah, ampunilah hambaMu ini. Mungkin diri ini begitu jarang dan alpa untuk mengucapkan syukur ke atasMu dan mungkin terkadang riak tanpa sedar di atas rezeki yang diriMu berikan kepadaku..”. Saya berkata begitu di dalam hati dan disusuli dengan istighfar beberapa kali di samping kelopak mata yang hampir menitiskan air mata. Mungkin saudara-saudari tertanya-tanya, apakah yang ingin saya sampaikan di sini. Fokus saya di sini adalah kepada semua Namun, mungkin tatkala dengan senangnya cara itu, ia mungkin amat mudah melekakan kita di dalam menjadi orang yang bersyukur kepada Allah SWT. Malah yang lebih teruk, datangnya sifat berlumba-lumba di dalam mengumpul harta dan wang, dan ingin menjadi yang terhebat dan terkaya. Jika ini walhasilnya, ia sudah jauh terpesong jauh di dalam tujuan sebenar mencari rezeki iaitu untuk ‘beribadat kepada Allah’. “Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela, yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitungnya, dia mengira bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya. Sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia benar-benar akan dilemparkan ke dalam Huthamah (api neraka yang membakar sampai ke hati)..”. (Surah Al-Humazah: 1-5). “Bermegah-megahan telah melalaikan kamu, sampai kamu masuk ke dalam kubur. Janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu itu)..” (Surah At-Takaatsur: 1-3). Pernahkah kita, katakan dalam satu bulan hanya mendapat RM3000 daripada perniagaan internet dan mengeluh dengan hasil sebegitu? Jika ya, kita telah GAGAL di dalam menjadi orang yang bersyukur. Mengapa? Jawapannya mudah. Mereka yang bekerja di bawah panas mentari, kerja yang memenatkan dan bergaji lebih rendah daripada pendapatan kita, mereka tidak merasa resah dan kecewa pun. Malah, mereka tetap bersyukur dan yang lebih hebat, mereka sumbangkan sedikit pendapatan mereka itu kepada perkara yang baik. Hidup mereka tetap tenang, bahagia dan tidak berkeluh-kesah. Bagi diri saya, tidak kisah saya menjadi jutawan atau tidak kerana ia adalah hanya satu pilihan semata-mata dan bukan kewajipan. Cukuplah saya bebas hutang, mampu menyara diri dan keluarga, ada simpanan (bekalan) dan selebihnya disumbangkan kepada mereka yang memerlukan. Utamakan TAQWA.. Kita sepatutnya lebih mengutamakan saranan-saranan Allah di dalam Al-Qur’an iaitu agar menjadi orang yang bertaqwa terlebih dahulu berbanding mendahulukan harta, material dan kekayaan. Dengan adanya taqwa, wang tidak akan berkuasa terhadap kita. Tetapi jika kita mengutamakan wang, ia mudah ‘makan tuan’. Apalah wang setinggi gunung tetapi tidak bersyukur dan tidak pernah rasa erti cukup (qanaah). Sebaliknya terus menerus rakus menimbun harta bergunung-gunung dengan anggapan “hanya cara itulah aku akan senang bila datang kesusahan nanti”. Secara tidak sedar, kita telah meletakkan pergantungan kepada wang dan tidak meletak keyakinan kepada kekuasaan Allah. Allah itu Maha Adil dan rezeki pun sudah tercatat sekian lama. Kita hanya perlu berusaha dan merancang tanpa perlu rasa gusar, risau, terkejar-kejar dan berlumba-lumba. Tanda-Tanda Orang Yang Bersyukur Tidak salah menjadi seorang yang kaya, jutawan atau mengumpul harta. Isi pokok di sini adalah menjadi seorang yang bersyukur dan dari manakah datangnya harta tersebut (halal atau haram). Di dalam buku ustaz Zaharuddin, “Wang, Anda dan Islam” pada bab permulaan, beliau menerangkan secara jelas dan ringkas apa erti zuhud yang sebenar iaitu bukan soal wang yang banyak atau sedikit yang perlu dipersoalkan, tetapi yang perlu diperbincangkan adalah dari mana wang itu datang dan ke mana & bagaimana ia disalurkan. Apakah tanda-tanda orang yang bersyukur? 1. Amat pemurah dan tidak berkira-kira untuk menyumbang sebahagian hartanya kepada mereka yang memerlukan. 2. Tidak hanya kenyang keseorangan. Mereka sentiasa memastikan ahli keluarga, saudara-mara dan jiran tetangga tidak kelaparan dan kesusahan. 3. Sentiasa rasa cukup dan tidak mengejar duniawi dan material. Qanaah bukan bermaksud berhenti berusaha dan tiada peningkatan. Tetapi ia bermaksud syukur ke atas rezeki yang diperolehi dan terus berusaha mendapatkan rezeki yang halal. 4. Hanya membeli barang yang diperlukan sahaja. Mereka yang bersyukur tidak membeli sesuatu yang tidak digunapakai. Bagi mereka, jika ada sesuatu yang lebih penting dan jika ada orang lain dalam kesusahan, itu lebih utama daripada memuaskan mata dan hawa nafsu. 5. Selain berusaha mendapatkan wang, mereka juga begitu sibuk membantu orang lain dengan rezeki yang mereka perolehi. Orang yang bersyukur ‘bukan hanya sibuk mengenyangkan perut sendiri, tapi juga mengenyangkan perut orang lain’. 6. Menjadi diri sendiri. Mereka yang bersyukur sama sekali tidak memperbandingkan dengan orang lain walaupun pendapatannya bukanlah sebesar seperti orang lain. Orang yang bersyukur berusaha mencari rezeki yang halal, memenuhi keperluan hidup seharian, menyimpan buat bekalan dan berkongsi sebahagian dengan orang lain. 7. Tidak menunjuk-nunjuk atau ‘heboh satu kampung’. Mereka yang bersyukur tetap “low profile”, tenang dan terus berusaha. Berbalik kepada kisah bapa saudara saya tadi, kerjanya amat meletihkan. Mungkin bekerja di bawah panas yang terik. Gajinya bukan seberapa pun. Namun, beliau seorang yang tekad. Masakan tidak, sudah belasan tahun hanya kerja yang sama. Jangan sesekali saudara-saudari semua mengatakan beliau sekeluarga susah dan merana. Saya setiap kali memasuki rumahnya, hati saya rasa tenang, mata pula sejuk memandang. Beliau bersama isterinya melayan tetamu (termasuk saya) dengan penuh ramah dan tetap menyambut tetamu dengan baik pada bila-bila masa pun. Ruang rumahnya walau tidak sebesar mana, tapi tetap rasa luas. Saya sering tertanya, mengapa saya berasa sedemikian setiap kali memasuki rumah mereka. Jawapannya mudah. Mereka mendapat rezeki yang berkat, hasil jerih-perihnya yang menumpahkan peluh di dalam kerja yang dilakukan. Inilah dikatakan sebagai hidup yang sentiasa dipayungi oleh rahmat dan kasih sayang Allah. Berkat rezeki yang halal dan dilakukan dengan susah payahnya. Rupanya salah satu sebab adalah mungkin kita tidak bersyukur kepada Allah dan tidak pernah rasa cukup. Jika kita seorang yang bersyukur, kita tidak akan membazir wang yang ada. Jika kita seorang yang bersyukur, kita tidak rasa pelik dan tercabar dengan pendapatan orang lain yang lebih besar. Jika kita seorang yang bersyukur, kita memiliki satu perkara yang tiada pada orang yang tidak bersyukur iaitu KETENANGAN HATI DAN JIWA. Jiwa orang yang tenang (mutmainnah) hanya satu sahaja tujuannya: Hidup gembira di syurga yang tenang dan menatap wajah Allah Yang Maha Pengasih. Dunia material hanyalah alat sahaja yang berada di tangannya buat bekal hidup, dan bukan di hatinya. “Dunia itu terlaknat, dan terlaknat apa-apa yang ada di dalamnya, kecuali dzikrullah dan apa yang mengikutinya, orang berilmu dan orang yang menuntut ilmu.” (HR. At-Tirmizi dan Ibnu Majah) “Maka ambillah apa yang telah Aku berikan padamu, dan jadilah orang-orang yang bersyukur.” (Al-A’raf: 144) Jika tujuan dan nawaitu kita adalah ALLAH dan menelusuri liku-liku kehidupan ini dengan jalan yang telah ditunjukkanNYA, insyaAllah hati kita pasti TENANG. Penutup tulisan kali ini, bersyukurlah ke atas apa saja yang kita dapat dan teruskan bekerja tanpa rasa putus-asa. Menjadi orang yang bersyukur itu lebih HEBAT berbanding menjadi kaya tetapi tidak menyertakan rasa syukur. ‘Kejarlah ketenangan, bukan kekayaan’. Si kaya atau si miskin, tak ke mana jua, tak berbeza destinasinya. Akhirnya semua ke kubur jua. Yang menjadi pengukur ‘di sana’, adalah amal, bukan harta yang menggunung. Wassalam

Selasa, 18 Mei 2010

Pengujian, Pentaksiran dan Penilaian

1.0 PENGENALAN

Guru merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Guru bertanggungjawab menentukan hasil pembelajaran yang hendak ditaksir, diuji dan dinilai. Guru juga merancang dan membina instrumen penilaian, mentadbir ujian, merekod hasil penilaian, menganalisis maklumat, melapor dan menjalankan tindakan susulan yang perlu seperti aktiviti pengukuhan, pengayaan dan pemulihan.

Ujian ialah satu kaedah, tugas atau prosedur yang digunakan untuk memperoleh pemerhatian yang sistematik tentang sifat, atau trait seseorang berhubung dengan aspek pendidikan atau psikologi (Mokhtar Ismail, 1995). Ujian penting dalam memperlihatkan kejayaan atau kegagalan calon dalam sesuatu peperiksaan. Selain itu ujian juga berfungsi untuk memilih dan menempatkan calon dalam kumpulan pelajar tertentu serta mengenal pasti kelemahan-kelemahan pelajar.


Pentaksiran pembelajaran pelajar merupakan aktiviti yang penting dalam pendidikan. Kubiszyn dan Borich (1996) telah mentakrifkan pentaksiran pembelajaran pelajar sebagai suatu proses pengumpulan data-data pembelajaran pelajar untuk tujuan mengenalpasti masalah pembelajaran pelajar, serta untuk membuat keputusan mengenai pelajar. Shambaugh dan Magliaro (1997) pula menyatakan bahawa pentaksiran pembelajaran pelajar boleh dilaksanakan atas pelbagai tujuan, seperti untuk mengesan penguasaan pelajar, mengesan kemajuan, menentukan penempatan, mengesan kelemahan pelajar (diagnosis), memberi gred, membuat klasifikasi, pensijilan dan pemilihan.


Dalam pada itu, mereka berpendapat setiap tujuan pentaksiran pelajar perlu mempunyai kaedah pengukuran dan atribut yang sesuai untuk menghasilkan keputusan pentaksiran yang sahih serta boleh dipercayai. Pentaksiran untuk mengesan prestasi pembelajaran pelajar misalnya, apabila dilaksanakan dengan sahih dan betul boleh memberi manfaat kepada pelajar serta pengajar. Antara kebaikannya ialah pelajar dapat mengetahui kedudukan pencapaiannya dan akan berusaha untuk meningkatkan prestasi pembelajarannya secara kawalan kendiri. Guru juga boleh mengetahui prestasi pencapaian pelajarnya serta keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini guru dapat memperbaiki strategi penyampaian bahan-bahan pengajaran dan merancang tindakan susulan seperti menyediakan bahan-bahan pengayaan, pengukuhan atau bahan pemulihan yang bersesuaian dengan keadaan pelajar.



Rajah 1: Perkaitan antara Pengujian, Pentaksiran dan Penilaian


Oleh yang demikian, di dalam tugasan ini fokus perbincangan akan menjelaskan konsep pentaksiran, pengujian, dan penilaian berdasarkan teori Taksonomi Bloom dan Domain Krathwohl. Jenis-jenis ujian dan penilaian juga akan disentuh secara ringkas yang biasanya dijalankan dalam konteks dunia pendidikan khususnya berkait dengan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Selain itu, penghasilan JSU mengikut item objektif dan item subjektif Bahasa Malaysia sekolah rendah Tahap Dua dengan format peperiksaan terkini juga akan dijelaskan di dalam tugasan ini.



2.0 KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN

2.1 Pentaksiran
Kini istilah “pentaksiran” mula digunakan dalam penilaian pencapaian. Popham (2000) menyatakan istilah-istilah pengukuran, pengujian dan pentaksiran digunakan secara silih berganti dan dianggap sebagai sinonim. Pentaksiran melibatkan proses membuat keputusan berdasarkan kepada suatu peraturan atau piawaian. Pentaksiran, yang merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran, merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000). Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sah dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada pelajar dan juga untuk mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran.

2.1.1 Konsep

Satu proses untuk mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk (murid) sesuatu proses pendidikan.

2.1.2 Tujuan

Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran.Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran.Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran.Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran.

2.1.3 Ciri-ciri

Keobjektifan (ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa skrip jawapan).Kebolehtadbiran (kelicinan dan kerja-kerja susulan yang dilaksanakan secara berpusat atau berasaskan sekolah).Kemudahtafsiran (maklumat tentang calon berdasarkan skor, mendiskriminasikan calon, menepati tujuan mengadakan sesuatu ujian dan pentaksiran).Kekomprehensifan (mengandungi soalan-soalan yang mewakili semua objektif yang penting).


2.2 Pengujian

Antara ketiga-tiga istilah berkenaan, pengujian selalunya dianggap mendukung maksud yang lebih sempit atau khusus. Pengujian dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar. Menurut Cronbach (1970),
“Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah
laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan bantuan skala bernombor, atau
satu sistem yang berkategori”.
Contoh skala bernombor ialah angka 30/100 untuk ujian penglihatan, 100/120 untuk ujian kecerdasan (IQ Test) dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains. Manakala contoh sistem berkategori pula ialah “ekstrovert” atau “introvert” bagi ujian personaliti, atau “rabun warna” bagi ujian penglihatan. Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yang dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros 1981, (dipetik dari Raminah, 1991) yang menegaskan bahawa:
“Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan
oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperoleh
daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan”. (Raminah
1991:2).

Hasil daripada pemarkahan jawapan pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai “markah” akan diberikan kepada pelajar tersebut. Pengujian menjelaskan tahap berapa baiknya prestasi pelajar yang diuji. Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti pelaksanaan/pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui pengujian inilah seseorang guru mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai pengetahuan, kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan guru.

Kesimpulannya, pengesanan hasil pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat melalui pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat, yang dilaksanakan guru dalam bilik darjah. Justeru, kecekapan guru membangunkan alat pengujian amat penting, malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

2.2.1 Konsep
Satu teknik untuk mendapatkan maklumat secara objektif dan bersistem untuk mengukur perubahan tingkah laku individu.

2.2.2 Tujuan
Memperolehi maklumbals pengajaran dan pembelajaran. Memasukkan murid dalam kumpulan tertentu mengikut kriteria. Memilih murid untuk sesuatu tugas.
Mengkategorikan murid. Menyelidik pengajaran dan pembelajaran murid.

2.2.3 Pelaksanaan
• Pemerhatian
• Ujian bertulis
• Ujian lisan

2.3 Penilaian

Penilaian adalah konsep yang telah digunakan dalam pelbagai bidang. Penilaian dilakukan kerana mempunyai matlamat tersendiri. Dengan mengadakan penilaian, ia akan membolehkan kita membuat anggaran, sama ada matlamat yang telah ditetapkan itu tercapai atau sebaliknya. Penilaian juga dapat dianggap sebagai satu cara untuk mendapatkan bukti yang tepat tentang sesuatu perkara. Maklumat dan bukti ini amat penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Misalnya, dalam pendidikan, penilaian dapat menyelesaikan masalah tentang pencapaian matlamat yang ditetapkan, seperti menguasai kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis Bahasa Malaysia di kalangan murid sekolah rendah. Dalam membuat penilaian, kita sering kali berhadapan dengan pelbagai masalah. Misalnya, tentang persoalan yang ingin diselesaikan, apakah bukti yang dianggapkan mencukupi atau bagaimana cara mendapatkan maklumat, siapa yang perlu mendapatkan maklumat dan sebagainya. Dengan memahami konsep pengujian, pentaksiran dan penilaian, guru akan dapat merancang langkah-langkah dengan lebih teratur dan sistematik bagi mendapatkan maklumat yang tepat. Banyak definisi telah diberikan kepada istilah “penilaian”.
"Penilaian boleh dianggap sebagai proses membuat pertimbangan atau keputusan dalam memberikan nilai, mutu, kualiti atau harga bagi sesuatu benda atau perkara. Stufflebeam et al. (1971:xxv) menyatakan penilaian sebagai “proses delineating, mencari dan memberikan maklumat yang berguna dalam mempertimbangkan alternatif-alternatif keputusan”.

Definisi ini melepasi maksud pengujian dan pentaksiran.
Gay (1985) berpendapat bahawa “penilaian ialah satu proses yang sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai”. Ini seterusnya membolehkan guru membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran. Justeru, penilaian berbeza dengan pengukuran yang melibatkan hanya pemberian ukuran dalam bentuk nombor tertentu yang lebih bersifat kuantitatif. Sebelumnya, Popham (1975) menyatakan penilaian yang sistematik perlu mempunyai satu tafsiran yang formal tentang nilai fenomena pendidikan.

Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek hasil pengajaran dan pembelajaran dan juga hasil program pengajian berbanding matlamat asalnya. Dalam bilik darjah, apabila guru memberikan ujian, adakah guru berkenaan mengukur pencapaian pelajar atau menilai pencapaian pelajar? Dalam keadaan ini kita boleh mengatakan guru sebenarnya mengukur pencapaian pelajar melalui ujian yang dijalankan. Tindakan susulan guru ialah menilai ukuran pencapaian tersebut dengan menggunakan keputusan ujian itu bersama maklumat lain yang berkaitan. Selain menggunakan data kuantitatif, penilaian juga boleh dibuat dengan menggunakan data berbentuk kualitatif seperti yang diperoleh daripada pemerhatian atau temubual.

Justeru, penilaian boleh dibuat dengan menggunakan sama ada maklumat yang berbentuk kuantitatif, kualitatif atau kedua-duanya sekali. Dengan menggunakan maklumat kuantitatif, penilaian boleh dinyatakan dalam bentuk gred (seperti A, B, C, D atau E) bersama penjelasan nilainya (seperti cemerlang, kepujian, baik, lulus atau gagal). Sementara itu, penilaian yang menggunakan data kualitatif boleh dinyatakan dalam bentuk kualitatif juga, misalnya, Ali dapat melukis gambar kawannya dengan cepat, tepat dan bersih. Secara ringkasnya, penilaian meliputi tiga proses utama, iaitu menentukan ukuran, menganalisis ukuran dan menyatakan nilai/interpretasi ukuran.
Prosedur penilaian boleh dilaksanakan dalam lima peringkat seperti dalam Rajah 2 di bawah:


Rajah 2: Prosedur penilaian


Pentaksiran, pengujian dan penilaian yang dilaksanakan di sekolah adalah berdasarkan teori Taksonomi Bloom dan Domain Krathwohl.

Selasa, 27 April 2010

Budaya Sekolah Cemerlang

Budaya Sekolah Cemerlang
Adalah harapan setiap pendidik untuk mencorakkan budaya yang cemerlang di kalangan pelajarnya, baik dari institusi sekolah menengah mahupun pusat pengajian tinggi. Berbagai langkah telah dirancang oleh pihak sekolah, ibubapa dan pelajar sendiri dalam usaha mempertingkatkan imej dan status sekolah di samping menyediakan suasana pembelajaran yang positif. Saya berpendapat jika suasana sekolah dapat dipertingkatkan ke tahap yang terbaik, maka secara langsung ia akan membina suatu pasukan pelajar yang lebih komited dan bertanggungjawab; biarpun pada hakikatnta banyak lagi faktor lain seperti pengaruh masyarakat yang mempengaruhi perkembangan pelajar secara keseluruhan. Saya percaya idea sekolah cemerlang akan menjadi misi perjuangan setiap pendidik. Dengan itu, adalah diharapkan encik Hilter boleh menyenaraikan sifat dan pendekatan sekolah cemerlang untuk rujukan bersama.


Pelajar yang berdisiplin

Pelajar yang berkualiti dapat mengikut semua peraturan sekolah yang ditelah ditetapkan oleh sekolah. Tidak melakukan sesuatu yang dilarang atau sengaja mencorakkan sesuatu perbezaan kononnya diri lebih istimewa dari pelajar lain. Ini termasuk cara berpakaian, jenis kasut, bentuk rambut. Pelajar yang tidak sudi mematuhi peraturan sekolah bukan sahaja membawa imej yang kurang baik terhadap dirinya, tetapi juga secara langsung akan pengaruhi rakan-rakan lain. Setiap apa yang ditunjuk secara lahiriah juga akan memberi kesan kepada suasana dan kesan pembelajaran dirinya. Jika diri kita belajar dengan pakaian yang bersih dan kemas, "mood" juga akan baik dan lebih senang kita mengingati sesuatu yang kita baca. Sebaliknya jika diri kita belajar dengan suasana budaya pelajar yang tidak berakhlak, semangat diri kita juga akan menjadi layu. Guru perlulah tegas untuk memastikan setiap pelajar bersikap baik. Keupayaan membenteraskan sebarang aktiviti yang kurang baik dan digantikan dengan aktiviti yang bermanfaat merupakan langkah pertama ke arah budaya sekolah cemerlang. Peranan membetulkan sikap dan menanam nilai moral bukan sekadar guru pendidikan moral mahupun guru disiplin tetapi ia merupakan tanggungjawa semua guru.

Misi keunggulan
Biarpun pencapaian akademik bukan perjuangan mutlak seseorang pelajar, tetapi pencapaian peperiksaan sekolah merupakan gambaran am terhadap kecemerlangan sesebuah sekolah. Setiap pihak termasuk guru dan ibubapa perlu membentukkan mentaliti "terbaik" di kalangan pelajar. Yang dimaksudkan terbaik bukan bermakna mereka berjaya mengalahkan pelajar lain tetapi keupayaan mengejar keputusan yang paling baik untuk dirinya mengikut potensi dan kekuatan diri. Mentaliti 9A perlu ditanam agar mereka boleh mencurahkan usaha dengan lebih bersungguh-sungguh. Biarpun diri mereka gagal mencapai 9A, setidak-tidaknya mereka tidak berusaha memperjuangkan yang terbaik.

Kesedaran dan motivasi pelajar
Harapan untuk memasuki universiti dan pusat pengajian tinggi perlu ditanam di minda setiap pelajar. Bila kesedaran wujud bahawa apa yang mereka lakukan akan memberi kesan positif terhadap kebahagian hidup masa depan, pasti budaya belajar akan wujud. Sessi motivasi beberapa minit sebelum cikgu memulakan pengajaran dalam kelas akan memberi kesan yang amat baik jika ia diteruskan sepanjang tahun oleh semua guru. Setiap guru dan ibu bapa perlu sentiasa mendorong pelajar untuk belajar dengan bersungguh-sungguh. Cerita motivasi dan ayat-ayat hikmah boleh diberi agar pelajar dapat menghayati sesuatu idea motivasi dengan lebih berkesan. Sessi kesedaran pelajar juga boleh dikendalikan oleh kelab kaunseling dan bimbingan sewaktu perhimpunan. Kem ketahanan diri dan seminar motivasi merupakan aktiviti yang utama dan perlu diakerapkan jika kita hendakkan memperbaiki budaya sekolah.


Aktif dalam bidang sukan dan kokurikulum
Sekolah cemerlang juga menunjukkan pencapaian yang baik dalam aktiviti sukan. Kemudahan alatan sukan serta perhatian guru bertugas terhadap kebajikan pelajar dalam aspek ini merupakan antara dorongan pelajar untuk mengenengahkan bakat diri. Dalam kebanyakan masa, pelajar tidak berminat bukan bermakna mereka tidak mempunyai bakat untuk melakukannya. Dengan kata-kata dorongan dan pujukan dari cikgu, pelajar akan berjaya dalam sesuatu bidang yang sebelum ini tidak diberi perhatian. Guru yang dedikasi akan menganggap kejayaan pelajar sebagai kejayaan dirinya dan sentiasa memberi perhatian yang terbaik kepada mereka. Guru perlulah sentiasa membangun ketrampilan diri dalam bidang sukan mahupun kokorikulum yang mereka jaga. Dengan itu, pelajar dapat diberi bimbingan yang sebaik-baiknya. Adalah lebih baik jika setiap guru mempunyai semua seni sukan dan tidak membebankan beberapa orang guru yang "berbakat". Usaha memperbaiki diri dan mencari ilmu merupakan suatu proses yang berpanjangan. Sudah sampailah masa kita mencorakkan pasukan pendidik yang multi-kebolehan (di samping pengkhususan dalam bidang pengajaran tertentu) agar perhatian yang menyeluruh kepada perkembangan pelajar secara keseluruhan.

Persekitaran sekolah yang ceria
Suasana yang indah serta bersih pasti merupakan taman pembelajaran yang selesa dan baik. Pelajar digalakkan menjalankan aktiviti gotong-royong untuk membantu sekolah menghiasi serta membersihkan sekolah. Projek menyumbang bunga boleh diusahakan oleh pelajar , ibu bapa atau guru. Keceriaan dalam bilik darjah juga mempengaruhi psikologi pembelajaran pelajar. Ketua tingkatan perlu memimpin rakan sekelas dalam usaha menghiasi kelas masing-masing. Pertandingan kelas tercantik, terbersih dan terkotor akan mendorong setiap kelas membentuk budaya cemerlang dalam kelas. Ketua tingkatan perlu mendapatkan maklumat yang bernilai terhadap pembelajaran dari suratkhabar untuk dilekatkan pada papan kenyataan.

Kelas-kelas tambahan

Rekod telah menunjukkan sekolah yang sering mengadakan kelas tambahan untuk pelajar akan membentuk suatu menteliti "serius" terhadap sesuatu matapelajaran. Keputusan sekolah secara keseluruhan juga akan menjadi lebih baik. Ramai pelajar tidak mempunyai penumpuan yang menyeluruh dan kekurangan dorongan untuk mengulangkaji. Tetapi jika pihak guru menunjukkan komitmen serta dedikasi yang sepenuh hati untuk memberi yang perhatian terbaik kepada pelajar dengan mengadakan kelas-kelas tambahan, sudah pasti pelajar akan merasa kepentingannya. Pengorbanan cikgu dari segi masa dan tenaga tidak semestinya mendapat ganjaran yang sejajarnya mahupun penglibatan secara menyeluruh dari pelajar, tetapi usaha sedemikian adalah suatu yang positif untuk pembangunan kecemerlangan sekolah. Di samping itu, sessi menjawab soalan tahun lalu dan kumpulan belajar berkelompok waktu petang atau malam (sekolah berasrama) akan juga secara langsung membina kesungguhan dikalangan pelajar.

Ujian yang kerap
Bila pelajar diberi ujian yang kerap, diri mereka akan mula merasa cemas jika sesuatu tajuk yang akan dinilai belum lagi mereka baca. Ramai pelajar tidak dapat merasa kritikal terhadap peperiksaan PMR atau SPM. Jika sikap seperti ini berterusan , maka apa yang mereka tidak faham atau tidak ingat akan dibawa sehingga saat peperiksaan akhir tahun dan dapati dirinya dalam keadaan yang tertekan.
Dengan mengadakan ujian mingguan atau bulanan, pelajar akan lebih terdorong untuk mengisi setiap detik wakti sekolah untuk mengulangkaji. Waktu menunggu loceng sekolah, waktu rehat dan waktu menunggu kehadiran cikgu merupakan masa yang boleh dimanfaatkan oleh pelajar jika mereka diberi ujian. Adalah suatu hakikat pelajar yang malas dan tidak mengulangkaji boleh dibangun dari lamunan mimpi mereka jika budaya membaca disekolah dipertingkatkan.

Budaya membaca di kawasan sekolah
Slogan diri yang saya sering pegang sewaktu diri di sekolah menengah dahulu ialah, "banyak membaca , kurang bercakap". Tetapi slogan ini tidaklah berkesan pada segelintir pelajar yang tidak mempunyai kecenderungan dalam pelajaran. Dengan adanya budaya membaca dan mengulangkaji, harapnya pelajar akan mula sedarkan diri. Budaya pelajar "memegang buku rujukan" setiap masa mereka dalam kawasan sekolah akan memberi suatu kesan yang positif terhadap keputusan pelajar. Daripada membuang masa berborak kosong atau bermain bola selama berjam-jam di bawah matahari terik, pelajar yang cemerlang menggunakan masa lapangnya dengan membaca.

Sering adakan pertandingan
Pertandingan boleh diadakan pada dalam kelas mahupun antara tingkatan atau antara persatuan. Tujuan pertandingan ialah untuk mengasah bakat serta mengenengahkan sesuatu kepakaran pelajar yang sekian lama terpendam. Antara pertandingan termasuklah pertandingan pementasan, menyanyi, bermain alatan musik, syarahan , perbahasan, sukan, merentas desa dan sebagainya. Pelajar digalakkan menyertakan diri biarpun mereka tidak mempunyai kebolehan untuk melakukannya. Pelajar cemerlang juga dikaitkan dengan keupayaan serba boleh.

Wawasankan pelajar akan berjaya

Pihak pendidik yang mempunyai harapan bahawa setiap individu pelajar akan berjaya suatu masa merupakan suatu pendorong untuk terus membimbing mereka; biarpun pada hakikatnya berhadapan dengan berbagai tekanan yang negatif. Contohnya, pelajar yang degil dan tidak berakhlah juga memerlukan perhatian dan penghotmatan sebagai seorang "manusia". Daripada kita terus melepaskan tangan dan menyatakan bahawa pelajar tersebut memang tidak boleh diubati, pendidik yang dedikasi masih juga cuba untuk membantunya. Asuhkan dan betulkan sikap yang kurang baik tetapi sebaliknya masih menjunjung maruah dan keperibadian dirinya. Seseorang yang nakal mungkin akan menjadi seorang yang sangat berjaya jika pendidik berjaya mencetuskan perubahan sedemikian di kalangan mereka.

Budaya menanya dan bergaul dengan guru
Galakkan pelajar menanya dan berjumpa dengan guru untuk perbincangan sesuatu matapelajaran yang merek lemah; baik waktu rehat atau selepas sekolah bersurai merupakan suatu faktor yang mendorong pembelajaran pelajar. Waktu berjumpa pelajar boleh diatur khusus untuk perbincangan tambahan tentang apa yang telah diajar. Layankan pelajar sebagai kawan dan kurangkan jurang perbezaan sesama guru dan pelajar merupakan faktor yang dapat menjalinkan kemesraan bersama. Jika pelajar malu atau takut untuk bertanya, ia boleh disebabkan oleh cara kita melayan mereka yang kurang selesa.

Kemudahan sekolah yang lengkap
Jika pelajar datang dari golongan keluarga miskin, mereka perlukan bantuan buku mahupun peralatan lain. Usaha boleh dilakukan dengan mendapatkan tajaan syarikat atau PIBAGU (Persatuan Ibu Bapa Dan Guru) dalam usaha memberi bantuan buku rujukan dalam perpustakaan sekolah. Usaha menggalakkan pelajar menggunakan kemudahan perpustakaan merupakan suatu yang amat membina. Kelengkapan panduan pengajaran serta guru yang mencukupi juga secara terus mempengaruhi prestasi sesebuah sekolah.

Perhatian dari ibu bapa

Perhatian terhadap kebajikan dan pembangunan sekolah merupakan suatu dorongan kepada para guru untuk menjalankan tugasan mengajar dengan lebih bersungguh-sungguh. Kesedaran menghadiri mesyuarat PIBAGU mahupun aktviti utama sekolah, berjumpa dengan guru kaunseling atau gutu tingkatan merupakan antara yang boleh dilakukan. Kehadiran ibu bapa waktu hari guru merupakan suatu bentuk penghargaan terhadap pengorbanan sekolah terhadap kejayaan anak masing-masing. Biarpun tugasan mengajar dan mendidik pelajar merupakan suatu kewajipan sekolah, tetapi ini bukan bermakna ibu bapa tidak perlu menyertakan diri. Dengan mengetahui sebab sesuatu kejadian dan tidak terlalu memihak kepada anak akan memberi peluang kepada guru menjalankan denda atau teguran yangmembina untuk kebaikan seseorang pelajar. Dengan berbincang dengan pihak sekolah, ibu bapa juga mengetahui sebarang kekurangan sekolah dan perkembangan semasa yang penting untuk diberi perhatian. Galakan ibu bapa terhadap penyertaan anak secara langsung akan membentuk suatu kesan yang positif. Alasan sibuk kebelakangan ini menyebabkan kurangnya perhatian yang boleh diberi kepada anak. Suasana rumah yang positif akan membentuk suatu sokongan pada asas motivasi yang dibentukkan di sekolah.

Kesimpulan
Secara amnya, setiap institusi mempunyai cara yang tersendiri untuk mencorakkan suasana yang terbaik untuk para pelajar dan guru. Usaha melahirkan bakat dan kualiti kepimpinan pelajar merupakan suatu proses yang memerlukan penglibatan semua pihak. Tetapi , jika kita perhatikan kecemerlangan yang dicapai oleh sekolah berasrama pebuh, jelas menunjukkan perhatian yang menyeluruh dari pihak pendidik akan memberi suatu kesan yang amat mendalam pada pelajar. Kebebasan tanpa kawalan akan membuatkan pelajar leka dengan faktor "disiplin" dan buat apa yang mereka suka. Dengan itu, nilai-nilai yang murni perlu ditanam setiap masa untuk membolehkan pembangunan keperibadian, jasmani. emosi dan kerohanian perlu disebatikan sesama pembangunan pelajar yang seimbang sejajar dengan falsafah pendidikan negara. Lembaran ini hanya merupakan suatu rujukan dan bukan panduan lengkap dalam usaha membina kecemerlangan sekolah.

Jumaat, 19 Mac 2010

Menu Pelbagai Kecerdasan

Dalam merancang aktiviti pembelajaran, guru boleh memikirkan apakah kecerdasan yang sesuai dengan konsep serta isi kandungan. Linda Campbell (lindacam@premier1.net) mencadangkan beberapa aktiviti dalam bentuk menu pengajaran dan pembelajaran yang boleh dijadikan panduan dalam rancangan mengajar.
Selain itu, guru boleh menggunakan menu itu untuk merancang kerja rumah pelajar dan pelajar diberi kebebasan untuk memilih kaedah-kaedah yang digemari untuk mempelajari sesuatu tajuk.

Menu Kecerdasan
Linguistik
Lojik-Matematik
Kinestetik
Visual
Muzik
Interpersonal
Intrapersonal
Naturalis

Menu Linguistik

Gunakan kaedah bercerita untuk menerangkan ...

Langsungkan perbahasan tentang ...

Karangkan sajak, mitos, legenda, berita, rencana mengenai ...

Ciptakan program "radio talk show" tentang ...

Lakukan temubual dengan ... tentang ...

Menu Lojik-Matematik

Terjemahkan ... dalam bentuk rumus matematik

Reka dan jalankan suatu ujikaji tentang ...

Buat suatu "syllogisms" untuk mendemostrasikan ...

Ciptakan sesuatu analogi untuk menjelaskan ...

Huraikan corak atau simetri dalam ...

Menu Kinestetik

Lakukan gerakan atau suatu siri gerakan untuk menjelaskan ...

Reka tugasan atau kad teka-teki untuk ...

Bina atau konstruk ...

Rancang dan jalankan suatu lawatan lapangan untuk ...

Bawa bahan-bahan amali untuk menunjukkan ...

Menu Visual

Mencarta, memeta, menggugus, menggambar ...

Cipta tayangan slaid, pita video, atau album gambar tentang ...

Reka sesuatu bahan seni untuk mendemostrasikan ...

Bina permainan papan atau kad untuk menunjukkan ...

Rajahkan, lukiskan, lakarkan, ukir atau pahatkan ...

Menu Muzik

Buat persembahan dengan diiringi oleh muzik tentang ...

Nyanyikan rap atau lagu untuk menjelaskan ...

Tunjukkan corak ritma dalam ...

Jelaskan persamaan muzik dalam sebuah lagu dengan ...

Buat suatu alat muzik dan gunakannya untuk menunjukkan ...

Menu Interpersonal

Adakan mesyuarat untuk ...

Dengan sengajanya, gunakan kamahiran sosial untuk mempelajari ...

Libatkan diri dalam projek khidmat untuk ...

Ajar rakan anda tentang ...

Berlatih memberi dan menerima maklum balas tentang ...

Gunakan teknologi untuk ...

Menu Intrapersonal

Huraikan ciri-ciri diri yang membantu anda menjayakan ...

Tetapkan sesuatu matlamat dan berusaha mencapainya

Huraikan salah satu nilai peribadi tentang ...

Tulis jurnal tentang ...

Nilaikan kerja-kerja sendiri dari segi ...

Menu Naturalis

Ciptakan buku nota pemerhatian tentang ...

Huraikan perubahan dalam persekitaran tempatan atau global

Peliharakan haiwan perliharaan, taman bunga atau taman rekreasi.

Gunakan teropong, mikroskop dan kantu pembesar untuk ...

Kepentingan Pendidikan Seni

Kurikulum Pendidikan Seni melibatkan perasaan estetik, daya kreatif pelajar melalui penjanaan daya intuisi, persepsi dan konsepsi, juga boleh mewujudkan rasa kepuasan dan kesedaran terhadap bakat serta kemampuan diri pelajar. Pelajar yang mengikuti program Pendidikan Seni akan menjadi lebih peka dan perasa, bersikap sederhana dan mampu mengamalkan pertimbangan kesenian dan kesempurnaan dalam mengendalikan kehidupan. Pendidikan Seni juga mampu meningkatkan kualiti berfikir . Pengetahuan dan kemahiran Pendidikan Seni melalui penjanaan idea, penerokaan unsur, inkuiri, integrasi maklumat serta idea, pengolahan simbol nyata atau abstrak dan melihat sesuatu dari pelbagai perspektif, menjanjikan satu peningkatan kualiti berfikir serta bertindak secara rasional dan fleksibel.

Pendidikan Seni merupakan satu disiplin yang merentas kurikulum dan boleh dikatakan sebagai asas kepada mata pelajaran lain. Pelajar yang didedahkan dengan Pendidikan Seni berasa lebih senang dan yakin apabila berdepan dengan tugasan dalam mata pelajaran lain terutamanya yang melibatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Kefahaman menerusi visual tentunya lebih mudah daripada penghafalan fakta menerusi catatan berjela. Peta minda yang digrafikkan secara mudah lebih berkesan untuk menyatakan sesuatu konsep atau penerangan yang sukar. Prinsip dalam Pendidikan Seni berupaya memenuhi tuntutan dalam masalah ini.

Pendidikan Seni juga selari dengan konsep pembelajaran seumur hidup (learning throughout life) yang dikatakan sebagai salah satu syarat untuk menghadapi dunia abad ke-21. Pendidikan Seni merupakan satu disiplin yang mengaplikasikan ilmu dengan kemahiran. Pelajar belajar melalui tindakan membuat (learning by doing), yang kemudiannya kelak dapat dilanjutkan kepada learning to be dan learning to live together, apabila tiba masanya untuk berada dalam masyarakat dan pasaran kerja. Asas ini dibina dalam pengajaran Pendidikan Seni terutamanya dalam membentuk pemikiran tinggi. Sebagai contoh awal, proses mereka bentuk dalam Pendidikan Seni, melibatkan pelajar melalui beberapa proses berfikir dan bertindak seperti : Pengenalpastian masalah
Menentukan keperluan, lakaran situasi atau masalah. Penjelasan tentang perkara utama dan limitasi serta persolan yang sepatutnya dapat dijelaskan. Kajian dan Penyelidikan
Aspek persekitaran, ergonomik, masa, faktor keselamatan, kekuatan, bentuk, bahan, kos dan pembuatan serta pelbagai sumber.
Idea dan cara penyelesaian – dilakukan secara lakaran beberapa idea dan penyelesaiannya.
Perkembangan – memperincikan idea bersama lakaran dan huraian. Bekerja dengan idea yang telah dikenal pasti bagaimana bahagian-bahagian dipasang (kalau ia model). Mungkin carta aktiviti atau carta produksi diperlukan pada peringkat ini. Foto atau lakaran visual yang menampakkan pelbagai persepsi juga boleh membayangkan kegiatan seterusnya menjadi lebih jelas.
Proses membuat.
Proses dan teknik.
Percubaan dan Penilaian Membandingkan spesifikasi asal dengan senarai fungsi. Mencatat sebarang masalah yang timbul sepanjang kegiatan.
Mencuba. Membuat rumusan.
Apabila melihat proses mereka bentuk yang disenaraikan, nyatalah bahawa Pendidikan Seni mementingkan aplikasi ilmu dengan kemahiran. Dalam proses tersebut juga, inovasi teknologi yang merangkumi tiga tahap digabungkan. Gabungan tersebut ialah idea yang kreatif, aplikasi secara praktikal dan penerimaannya terhadap masyarakat. Ini dikaitkan dengan maksud kreatif yang menekankan sesuatu yang unik, baru dan bermakna, dalam konteks norma kita sendiri.

Melalui informasi teknologi dalam Pendidikan Seni, idea yang banyak dapat dilahirkan dan pelbagai. Ini akan membantu pelajar menghasilkan ciptaan terbaru dengan mudah, tepat, cepat, dan menarik. Namun, sebagai suatu disiplin yang mengutamakan daya imaginasi dan kreativiti ketika pembentukan konsep dalam minda, yang harus dijelmakan dalam bentuk visual secara manual, pelajar tidaklah diketepikan ilmu untuk mendapatkan kemahiran tertentu dan sebaliknya hanya menggunakan teknologi moden seperti komputer melakukan segala-galanya. Komputer, dalam hal ini adalah sebagai tool atau kadang-kadang sebagai tutee bagi memudahkan cara melaksanakan kegiatan Pendidikan Seni. Banyak pakar yang berpendapat bahawa pendidikan yang berkesan sepatutnya dilakukan secara bersepadu, sama ada dengan memenuhi tuntutan pelajar melalui ikutan, analisis logik, kemahiran mengaplikasi ilmu seni, dan sebagainya.

Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang mengarah kepada suasana riang dan ria serta mengundang minat pelajar akan membangkitkan semangat ingin melakukan sebarang kegiatan pembelajaran dengan baik. Penyelesaian masalah merupakan satu kaedah yang berkesan dalam Pendidikan Seni kerana ia bukan sahaja melibatkan tingkah laku ingin tahu pelajar tetapi juga berkait dengan perasaan pelajar yang menjurus kepada Learning is fun.

Konsep pengajaran bersepadu dalam Pendidikan Seni telah diperjelaskan dalam Sukatan Pelajaran yang dapat disimpulkan bahawa ia merangkumi domain yang dihasrat secara bersepadu melalui pendekatan yang terancang. Pendekatan yang terancang dan terarah ini berteraskan objektif pencapaian iaitu, ekspresi kreatif, penggubahan, penghasilan dan persembahan, persepsi estetik, pertimbangan estetik, warisan budaya kraf, dan seni tampak. Justeru, Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang terkandung hasrat murni di dalamnya dapat direalisasikan melalui subjek Pendidikan Seni.